Powered by Blogger.
RSS

Monday, November 29, 2010

PARLIMEN MAHASISWA : Kearah mematangkan Mentaliti & Keterbukaan

Bismillah.. Kalam pembuka Bicara,

Dalam ruangan kali ini, Abdul Hadi Hj Mohamad al-Bakri menulis mengenai suatu blok dalam membina kematangan mentaliti Mahasiswa/i yang dilihat kini relevan dalam mendokong proksi pentadbiran negara. Saya terbaca dalam satu petikan Akhbar yang menyatakan hasrat agar perlu diwujudkan Parlimen Mahasiswa ini sepertimana United Kingdom yang telah mengamalkannya sejak sekian lama.

Mahasiswa diberi ruang dan peluang bersama-sama dalam menyatakan pandangan terhadap polisi ataupun dasar yang digubal oleh pihak pemerintah. Menurut akhbar tersebut, YB Timbalan Menteri pengajian Tinggi, menyatakan bahawa di Malaysia, pihak kementerian telah membuka ruang yang hampir sama tetapi tidak secara holistik di Universiti Sains  Malaysia yang disebut Dewan Perwakilan Mahasiswa dimana dewan ini berfungsi sebagai platform mahasiswa melontarkan pandangan & kritikan mereka terhadap sebarang isu.

Saya berpendapat, mungkin ruang dan peluang yang diberikan oleh pihak kementerian di dalam melaksanankan hasrat ini masih belum mencapai kepada sasaran yang dikehendaki. Telah tiba masanya, Mahasiswa kini diberi satu kebebasan bersuara yang diangkat martabatnya apabila di ambil kira oleh pihak pemerintah di dalam memacu negara. Walaupun begitu, ruang dan kebebasan yang diberi ini bukanlah bermakna mahasiswa boleh menjadikan medium ini untuk menghentam atau mengkritik siapa-siapa tanpa ada usul yang sahih dan jelas.

Kita boleh mengambil contoh, apabila Belanjawan Negara dibentangkan, Mahasiswa boleh mengambil bahagian dalam mengutarakan keberkesanan pembahagian belanjawan yang telah diputuskan oleh Kerajaan. Keberkesanan ini akan terbukti walaupun tidak mencakupi ruang yang maksimum. Mengapa Mahasiswa ingin diberi kuasa sebegitu rupa?? Apakah mereka akan mendominasi pemerintahan negara??

Mahasiswa adalah golongan intelek yang masih didalam pengajian. Mereka didedahkan dengan pelbagai khazanah ilmu yang berkonsepkan teori dan praktikal. Minda mereka masih segar, jiwa mereka muda dan pastinya segala idea yang dikongsikan juga segar dan bermakna. Soal mereka belum matang di dalam arena politik negara perlu diketepikan agar dengan cara ini kita dapat melahirkan, menajamkan, golongan mahasiswa yang kita tahu merekalah yang bakal mewarisi Negara kita suatu hari nanti. Jadi saya tinggalkan persoalan disini, Mengapa kita tidak memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk berjinak-jinak di dalam aspek pengurusan negara secara praktikal??, sedangkan kita akan meninggalkan warisan ini nanti kepada mereka??

Semoga negara kita terus dipacu menuju kegemilangan dan kesejahteraan.
cetusan 1986

3 comments:

  1. Jom progresifkan jiwa, adilkan ideologi dan sejahterakan Minda>>

    ReplyDelete
  2. setuju sangat~

    mahasiswa/wi wajar diberikan prhatian malah peluang dalam mengutarakan pandangan mahupun pendapat.

    mahasiswa yg sinonim dengan barisan pemuda sewajarnya tidak dipinggirkan atau dipandang sebelah mata oleh mana2 pihak malah suara mereka, pandangan malah kritikan mereka adalah suara yg tidak mewakili mana2 pihak pun, malah suara mereka lebih bersih dari mana2 unsur hasutan atau pengaruh politik krana mereka mahasisiwa/wi yg memberi respon atas sesuatu bebas dan berkecuali.

    -harap ustaz terus mengeluarkan tulisan2 yg menyokong suara mahasiswa kembali ke tempat asalnya~

    ReplyDelete